Daging Dhab
Dhab atau Biawak Padang Pasir (Dessert Iguana) bukanlah suatu haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan mamalia maun (mamalia herbivore), hal ini kerana Dhab merupakan sejenis haiwan reptilia, Dhab mempunyai diet makanan seperti belalang dan serangga padang pasir (Oasis insects).Namun begitu darah dhab bukanlah dari jenis yang sejuk kerana tatahidupnya mesti sering bergantungan dengan keadaan suhu panas padang pasir. Walaupun ia adalah dari keluarga reptilia, namun begitu ia satu-satunya haiwan dari jenis itu yang halal dimakan dalam Islam. Hal ini seperti yang diperihalkan dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang daging dhab, ketika dihidangkan kepadanya dan ia tidak memakannya: “Apakah ia (daging dhab) haram?”, Maka Baginda menjawab: “Tidak, akan tetapi tidak ada (binatang dhab) di daerahku (Makkah dan Madinah serta kawasan sekitarnya), maka aku merasa jijik”. Maka sejurus itu sahabat yang mendengar penyataan Nabi tadi pun merasa lega, mereka semua menjamah masakan daging dhab, Nabi Muhammad SAW hanya memandang apa yang mereka makan.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan).
Mengikut catatan dari Pengarang Kitab “Al-Qaanuun” berkata: “Barangsiapa yang memakan darah mahupun daging katak, pada badannya akan tumbuh bintil dan membengkak, warna kulitnya menjadi suram (gelap) dan air maninya akan tertumpah terus sehingga akhir hayatnya.Kerana itulah memakan katak adalah haram. Para ahli perubatan moden pun kini turut mengelakkan bahan mentah yang berasal dari katak digunakan sebagai vaksin penyembuh atau ubat, kerana ia takut kemudharatan akan hadir apabila terus digunakan. Katak juga mempunyai kadar racun yang amat berbahaya. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, anjing laut,singa laut, ular darat mahupun ular air, komodo, biawak air dan seumpamanya(amfibia dan reptilia) adalah haram untuk dimakan dalam Islam kerana ianya beracun, hidup dua alam, bertaring dan memakan daging dengan kasarnya. Ketam yang hidup dua alam seperti jenis [[Ketam Batu,Ketam Nipah dan Ketam Hijau adalah haram dimakan kerana ianya menetap secara dua alam dan beracun.
[sunting] Sumber Rujukan
• Buku Panduan Perubatan Nabi, editor by; Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, m/s 161-166, terbitan Crescent News KL; cetakan pertama 2002. ISBN 983-061-190-6
No comments:
Post a Comment