Melambatkan Pancutan Air Mani.




Petua Orang Tua-Tua Untuk
Melambatkan Pancutan Air Mani

Pilihan 1: Jika anda selalu atau cepat keluar air mani ketika bersetubuh, cuba petua ini. Bila sahaja rasa air mani itu hendak keluar, tarik nafas anda sepanjang yang anda mampu dan bila ada rasa hendak keluar lagi, tarik lagi nafas semampu yang anda boleh. Lakukan hingga seterusnya. Anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih lama.

Pilihan 2: Dapatkan gambir kudat dengan sedikit air dan kemudian sapu pada zakar. Memadai menyapunya di bahagian kepada zakar sahaja. Jangan sapu terlalu banyak kerana ini mengakibatkan zakar terus tegang tanpa memancutkan mani dalam masa yang amat lama. Sapukan kira-kira 20 minit sebelum jima’.

Pilihan 3: Sediakan 10 butir biji kapas dan 1 sudu minyak jarak, Tumbuk biji kapas hingga lumat dan gaulkan bersama minyak jarak hingga sebati. Sapukan minyak ini pada zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan, 5 hingga 8 minit sebelum jima’.

Pilihan 4: Ambil sedikit kacang lulai hitam (bisasnya di jual di kedai jamu atau ubat cina) dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air hingga sebati dan sapukan sedikit pada zakar anda dengan mengurut perlahan-lahan, 5 hingga 8 minit sebelum jimaa.

Pilihan 5: Ambil hempedu kambing atau ayam jantan yang baharu di sembelih. Pecahkan dan lumurkan pada zakar dengan mengurut perlahan-lahan, 5 hingga 8 minit sebelum jima’.

Pilihan 6: Ambil darah kelawar, gosok pada kedua tapak kaki hingga kering darah itu. Basuh hingga bersih. Selepas itu baharulah jima’.

Pilihan 7: Ambil kuning telur, bubuh sebuku bawang merah, sebuku bawang putih, campurkan sedikit air. Jerangkan sehingga mendidih. Makan di waktu Asar sebelum makan petang.

50 Motivasi Untuk Suami





1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...