Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?








Diabetes tidak ada batasan umur. Anda berisiko tinggi menghidapi kencing manis
jika mempunyai perkara berikut:
  1. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes.
  2. Obesiti iaitu berat badan berlebihan.Anda semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes jika berat anda melebihi berat ideal(BMI)
  3. Impaired glucose tolerance (IGT)-nilai paras gula Borderline
  4. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  5. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  6. Sejarah kelahiran bayi melebehi 4 kg
  7. Tekanan darah tinggi
  8. Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  9. Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  10. Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Periksa paras glukosa atau gula anda dengan Advance Micro-draw atau, hubungi klinik berdekatan.


Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kesihatan kronik. Anda perlu menguruskan penyakit diabetes dengan betul untuk mengurangkan komplikasi seperti penyakit jantung atau kardiovaskular, penyakit buah pinggang, buta, penyakit angin ahmar dan penyakit saraf.
Pengurusan penyakit kencing manis yang baik membantu anda mengelakkan atau melambatkan komplikasi diabetes.
Paras gula dalam darah tinggi yang berpanjangan,menyebabkan kerosakan jangka panjang:

Mata
Diabetes menyebabkan pendarahan dalam retina mata.
Ia boleh menyebabkan buta.
Peredaran darah kaki.
Kencing manis menyebabkan kerosakan saluran darah kaki.
Saraf.
Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
Otak
Angin ahmar atau strok
Buah pinggang.
Kegagalan buah pinggang
Jantung.
Sakit jantung

Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencegah kencing manis?
Anda boleh mengawal tahap gula dalam darah dengan kaedah- kaedah berikut:
  1. Pengambilan makanan seimbang.
  2. Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah.
  3. Melakukan senaman fizikal.
  4. Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan.
  5. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
  6. Ubat-ubatan

Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencegah kencing manis?

Anda boleh mengawal tahap gula dalam darah dengan kaedah- kaedah berikut:
 Pengambilan makanan seimbang.
 Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah.
 Melakukan senaman fizikal.
 Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan.
 Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
 Ubat-ubatan
 Anda memerlukan suntikan insulin, jika anda “insulan dependent diabetes”.
 Anda memerlukan ubat hipoglisemia atau insulin untuk menurunkan tahap gula dalam darah, jika anda “non-insulin dependent.”

Petua kencing manis di rumah
Penjagaan umum:
 Penjagaan kulit;
  Merawat luka dan calar dengan segera.Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh melebehi 3 hari.
 Mandi setiap hari dan keringkan semua bahagian badan dengan sempurna.
Penjagaan kaki.
 Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki dan basuh kaki setiap hari.
 Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
 Potong kuku jari kaki . Elakkan dari cekam kuku.
 Tukar stokin anda setiap hari.
 Gunakan selipar atau kasut apabila berjalan.
 Mengawasi diri sendiri.
Pemeriksaan diri sendiri.
Selalu buat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan.
Deria rasa sakit anda berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Penjagaan gigi.
Sentiasa periksa gigi anda di klinik gigi berdekatan rumah anda.
Penjagaan mata.
Jalani pemeriksaan mata sekurang-kurang setahun sekali.

Alkohol.
Jangan bebankan organ hati anda dan organ ginjal anda dengan meminuman keras.
Berhenti merokok.
Elakkan bebanan tambahan kepada jantung dan paru-paru anda.

Pemeriksaan sendiri nilai gula.
Lakukan pengawasan glukosa dalam darah sendiri. Kekerapan memeriksa tahap glukosa dalam darah anda membantu keberkesanan cara anda mengawal diabetes.

Rawatan kencing manis semasa keadaan kecemasan:
Anda boleh mengalami simptom-simptom seperti berikut:

Hipoglisemia -apabila tahap gula dalam darah anda rendah.
Tanda-tanda seperti sakit kepala, rasa berputar, ketar tangan dan berpeluh akan anda rasai.
Ia menyebakan anda boleh pengsan atau di serang sawan.
Rawatannya ialah minum air manis atau glukolin atau makan nasi atau roti.
Hiperglisemia – Paras gula dalam darah anda tinggi.
Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
Anda perlu dihantar ke klinik atau hospital untuk rawatan lanjut.
Diabetes Ketoacidosis- gejala kencing manis ini berlaku apabila tahap gula terlalu tinggi.
Ia juga boleh di sebabkan oleh jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan, angin ahmar atau sakit jantung.
Kebiasaanya anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedarkan diri.
Anda dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Apakah yang patut anda lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?

Cara mencegah kencing manis:
Makan makanan seimbang atau diet kencing manis dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengawal kolestrol,mengekalkan berat badan, mengurangkan risiko darah tinggi serta penyakit jantung.

Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
Kekalkan berat badan yang unggul.Obesiti berkait-rapat dengan diabetes.
Kurangkan makanan karbohidrat dan gula supaya kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet kencing manis terperinci.
Kurangkan berat anda dengan senaman. Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan menambah baik kesihatan jantung dan paru-paru.
Rawatan kencing manis dan pengobatan kencing manis
Pastikan kadar gula dalam darah anda diperiksa secara berterusan. Ini membolehkan anda mengetahui tahap gula dalam darah anda terkawal.
Target anda ialah paras gula berpuasa 4-6 mmo/l dan paras gula selepas 2 jam mengambil makanan ialah kurang dari 8 mmo/l.
La kukan ujian darah HbAc1.
Ujian darah HbAc1 mampu mengambarkan corak purata paras gula anda dalam jangka masa 3 bulan.
Nilai HbAc1 anda mestilah kurang dari 7%. Semak HbAc1 dengan lebih terperinci.
Ujian ini dilakukan oleh doktor anda.
Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Pemakanan kencing manis.
Gaya makanan sihat diet kencing manis

  • Pelbagaikan makanan kumpulan bijiran, ikan, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Kandungan makanan berserat tinggi- buah-buahan, sayuran berdaun hijau, kekacang, dan bijiran
  • Kurang sumber lelemak- butter, marjerin, lard, ghee dan makanan segera.
  • Kurangkan sumber gula- ambil sedikit minuman ringan, jus kordial, dessert, pastries, jam dan kaya.
  • Sentiasa mempunyai jadual pemakanan tetap dan tidak berlebihan.

Pastikan anda mengetahui Pengurusan makanan diabetes. Muat-turun pengurusan makanan diabetes.


Penyakit kencing manis atau diabetis mellitus.
Penyakit kencing manis merupakan penyakit kronik. Simptom-simptom kencing manis seperti haus berlebihan, letih serta penurunan berat badan ketara adalah tanda-tanda kencing manis anda tidak terkawal. Anda wajib memantau tahap gula anda didalam julat 4-6 mmo/l semasa berpuasa dan nilai ujian darah HbA1c kurang dari 7%.

Rawatan bergantung kepada jenis penyakit kencing manis. Insulin diperlukan untuk Insulin dependent diabetes. Manakala, ubat hypoglycemia digunakan oleh Insulin non-dependent diabetes.
Komplikasi penyakit diabetes dikurangkan dengan gaya hidup sihat, mengamalkan pemakanan diet kencing manis dan pengambilan ubat-ubat secara teratur.

TEMPAH KAPSUL DHAB SEKARANG UNTUK MERAWAT PENYAKIT KENCING MANIS !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...